Tuesday, April 28, 2009
Tips Mengajar Pencuri Telefon Bimbit
Baru2 ni saya ada terbaca kat internet tentang tips menjaga keselamatan telefon bimbit.
Bagaimana caranya? Ia sebenarnya sangat mudah.Tahukah anda bahawa setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Nombor IMEI� (International Mobile Equipment Identity) adalah unik untuk setiap telefon bimbit.
Nombor IMEI sebanyak 15-digit ini adalah seperti cap jari elektronik untuk setiap telefon bimbit yang dipancarkan setiap kali ia digunakan, yang mana ia akan mendedahkan identiti telefon bimbit tu.
Nombor ni biasanya kita boleh jumpa dicetak dibawah bateri dibelakang telefon bimbit. Atau cara yang lebih pantas ialah dengan menekan *#06#
Bila nombor 15 ni keluar, kita hanya perlu catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.
Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis,Hotlink atau Digi.
Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.
Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan
menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya
setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan
nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment