Sunday, April 26, 2009
Resepi Pizza
Kulit Pizza
Tepung Gandum 250 gram
Yis Segera 5 gram (1/2 packet kecil)
Air 3/4 cawan
Garam 1 sudu teh
Gula 1 sudu teh
Inti (Topping) Pizza
Minyak makan 2 sudu makan
Tomato sos 4 sudu makan (jika suka pedas guna sos cili)
Sosej ayam 2 batang (boleh ganti tuna, sardin, ayam dll)
Sayur capur 1/4 cawan (boleh ganti lain-lain sayur kesukaan anda)
Keju berparut 100-250 gram
Cara-Cara
1. Oven dipanaskan dahulu pada suhu 220-230 darjah C (400-440 darjah F)
2. Larutkan yis dan gula kedalam air suam hingga naik bueh halus
3. Masukkan larutan yis kedalam tepung gandum dan masukkan garam,
4. Uli adunan hingga sebati (tidak melekat)
5. Perap adunan hingga naik kepada saiz 2 kali ganda
6. Canai adunan supaya boleh dimasukkan kedalam acuan pembakar (bergaris pusat 10-12
inci.
7. Sapukan permukaan adunan dengan minyak makan dan sos tomato.
Lapiskan dengan sayur campur dan sausage yang telah dipotong kecil dan lapiskan
dengan keju berparut.
8. Peramkan adunan pizza hingga 30 minit
9. Bakar pizza dalam oven selama 25 hingga 30 minit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment